6wKxf3vMRbZOLlYXHb0K3J_9Esg SaYOnaRA..........: Mengupas Misteri Jack the Ripper

Saturday, 30 April 2011

Mengupas Misteri Jack the Ripper

Sebenarnya kes-kes pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh Jack the Ripper, hampir tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan sejarah kes bersiri yang pernah ada seperti Elizabeth Bathory. Namun, yang membuat kisahnya menjadi sangat popular adalah kerana adanya suasana misteri yang meliputi kes ini.

Gambaran bahawa seorang berjubah hitam yang muncul dari kabus, mencabut nyawa korbannya dengan cepat lalu menghilang diri dalam kegelapan. Dan dia tak pernah tertangkap.

Semasa kes itu muncul, sebenarnya nama Jack The Ripper bahkan belum ada. Namun media dan polis banyak menerima surat. Ada yang cuba memberi nasihat, ada yang cuba memberi tahu identiti pelaku dan sebagainya. Sampai suatu hari ada surat yang berasal dari seseorang yang mengaku sebagai pelaku dari semua rentetan kes pembunuhan sadis itu. Dan di bawahnya tertulis nama Jack The Ripper.

Awalnya surat tersebut tidak diperhatikan, karena memang banyak surat seperti itu sebelumnya. Namun tak lama kemudian muncul lagi satu surat yang dianggap dari orang yang sama (kerana gaya tulisan, bentuk tulisan dan sebagainya) dan dibawahnya juga tertulis nama Jack The Ripper. Sejak saat itu, polis dan masyarakat menyebut pelaku kes itu dengan nama Jack The Ripper. Salah satu kalimat dalam surat itu adalah "They say I'm a doctor ... hahahaha ....".

Alasan kenapa polis mula mempercayai surat itu adalah kerana Jack menyatakan akan menghantar potongan telinga salah satu korbannya. Salah seorang mangsa yang ditemui polis memang kehilangan telinganya. Namun kiriman ini tidak pernah ada.

Yang ada berikutnya adalah kiriman selembar surat serta potongan ginjal manusia yang telah diformalin. Surat itu tidak lagi ditulis dengan nama penghantar Jack, tapi 'From Hell'. Dari kata inilah judul filem From Hell diambil. Apakah surat ketiga ini memang dari orang yang sama atau orang lain, kenyataannya juga tak pernah terungkap. Fakta-fakta seperti inilah yang akhirnya membuat Jack The Ripper menjadi legenda. Sepanjang tempoh satu abad, misteri yang menyelubungi kes pembunuhan brutal itu masih menjadi sebuah tanda tanya yang belum terjawab. Ada beberapa sebab yang menjadikan "Jack The Ripper" digelar sebagai lagenda kejahatan dalam sejarah, bukan saja Jack ni seorang yg sangat misteri bahkan corak kejahatan yang dilakukannya juga sangat mengerikan dan brutal!! Mangsa-mangsanya di sembelih, ditikam, tubuh dibelah dan organ-organ dalam-nya dikeluarkan.
Sebenarnya, mangsa Jack The Ripper juga di gelar Pembunuh Whitechapel™ hanyalah lima orang pelacur, walaupun ada pendapat yang mengatakan jumlahnya bisa lebih daripada itu dan semua kegiatannya itu ia lakukan hanya dalam jangka waktu 3 bulan saja.

Tapi, bagaimanapun juga kekejaman dan misteri pembunuhnya menjadikan kes pembunuhan berantai ini sangat popular hingga sekarang. Banyak pertanyaan tak terjawab dalam kes ini.
Siapakah sebenarnya sang pembunuh berantai di sebalik gelaran "Jack The Ripper" itu? dan mengapa ia hanya membunuh selama tiga bulan serta lima mangsa saja? Mengapa semua korbannya adalah pelacur? Apa tujuannya membunuh dengan kejam serta mengapa dia akhirnya menghentikan kegiatan itu? Tidak banyak petunjuk konkrit yang didapatkan untuk menelusuri jejak sang pembunuh. Jack the Ripper digambarkan sangat mahir "memainkan" pisau. Dia juga mempunyai pengetahuan anatomi tubuh manusia yang cukup baik, serta penguasaan teknik membedah dan memotong bahagian-bahagian tubuh manusia dengan sangat sempurna.

Segala misteri itu bermula pada tarikh 31 Ogos 1888. Sekitar pukul 4.00 pagi waktu setempat, seorang penduduk menemui mangsa pertama sang "devil" iaitu Mary Ann Nichols, 42, di Whitechapel, East End.

Mayat wanita malang itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan dalam keadaan yang mengerikan. Bahkan beberapa polis yang datang ke tempat kejadian juga cukup tekejut ketika melihat keadaan mayat. Doktor yang memeriksa mayat tersebut mendapati sebahagian tubuhnya masih panas, ini menunjukkan mungkin wanita ini dibunuh kurang lebih sekitar setengah jam sebelum jasad-nya ditemukan. Terdapat kesan hirisan benda runcing pada rahang kiri mangsa, selain itu dijangka perutnya juga dibelah menggunakan pisau panjang bergerigi, serta terdapat banyak luka tikaman pada beberapa bahagian tubuh yang lain. Polis tidak banyak memiliki petunjuk mengenai kes pembunuhan ini, kerana tidak ada saksi yang melihat atau mendengar suara teriakan mangsa pada malam kejadian. Selain itu tidak ditemui juga adanya senjata tajam yang ditinggalkan pembunuh.

Pada 6 Ogos 1888 sebelum kes pembunuhan Mary, seorang pelacur yang lain, Martha Tabram, 39, ditemui mati di George Yard dengan luka tikaman benda tajam sebanyak 39 kali pada leher dan bahagian kemaluan.

Dari hasil pemeriksaan terhadap jasad wanita itu, didapati leher mangsa turut di kelar dan perutnya dibelah. Beberapa pihak berpendapat, pembunuhan Martha merupakan salah satu "hasil karya" Jack The Ripper. Sehingga banyak spekulasi mengatakan bahawa Martha merupakan korban pertama dari rentetan kes pembunuhan berantai ini.

Lapan hari selepas kematian Mary, penduduk Whitechapel kembali di-gemparkan oleh penemuan seorang mayat wanita. kali ini menimpa seorang pelacur bernama Annie Chapman, ia juga ditemui mati dalam keadaan yg sangat ngeri.

Ahli bedah forensik mengatakan bahawa Annie tewas dua jam sebelum jasadnya ditemui. Mereka juga mendapati sebahagian kulit perut Annie dibedah, tulang rusuknya dipotong-potong, isi perut dan organ-organ seperti jantung dikeluarkan dan diletakkan di bahu sang korban. Tambahnya lagi, sebahagian kemaluannya juga dipotong!! Beberapa saksi mengatakan melihat Annie sedang bercengkrama dengan seorang lelaki yang memiliki ciri-ciri berkulit gelap, memakai topi pemburu rusa dan berjubah hitam pada jam 5.30 pagi.

Keterangan para saksi yang turut merujuk kepada "orang asing", membuat polisi menyimpulkan pembunuh adalah pendatang Yahudi dan menimbulkan sentimen di kalangan penduduk pribumi.

Seorang Yahudi, John Pizer yang turut dikenali รข € ~ Apron kulita € ™ ditahan, namun ahirnya ia dibebaskan kerana tiada bukti kesalahan dan tidak berkaitan dengan kes pembunuhan tersebut.

Mangsa ketiga dan keempat Jack the Ripper ditemui pada hari yang sama iaitu 30 September 1988. Kali ini korbannya adalah Elizabeth Stride, 45. Ia ditemui tewas berlumuran darah di Dutfield Yard kira-kira pukul 1.00 pagi dengan bekas cekikan dileher dan di sahkan ia mati lebih kurang 30 minit sebelum jasadnya ditemui. Pada malam itu pula, polis sekali lagi dikejutkan dengan penemuan mayat yang juga ditemui dalam keadaan yang mengenaskan, kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi penemuan mayat Elizabeth.

Korban kedua di hari itu adalah Catherine Eddowes, 46. Ia juga ditemui dalam keadaan berlumuran darah, ada bekas cekikan di lehernya, tubuhnya dibelah dari dada sampai ke celah kangkang dan isi perutnya terburai keluar.

Tidak ketinggalan rahimnya juga ikut dipotong dan dikeluarkan, mukanya hancur kerana di hiris dgn pisau, kelopak mata kanannya dicungkil, hidung dan telinganya hampir putus. Korban tewas kurang 30 minit sebelum ditemui.

Di TKP, Polisi menemukan sehelai selendang milik mangsa yang berlumuran darah dan berhampirannya terdapat tulisan kapur pada dinding yang berbunyi:

"The Juwes are The men That Will not be Blamed For nothing" (Yahudi adalah pihak yang tidak akan dapat disalahkan tanpa sebab).

Dari sinilah Polis boleh mengambil kesimpulan, bahawa seorang Yahudilah yang ada di sebalik kes pembunuhan berantai ini.

Sedangkan mangsa kelima diketahui bernama Mary Jane Kelly. "Ginger", nama panggilan MJKelly, juga ditemukan dengan keadaan yang sama mengerikannya dengan mangsa-mangsa yang lain. Jasadnya ditemui pada 9 September 1988, di bilik sewaannya yang bertempat di Miller's Court, off Dorset Street, Spitalfields.

Beberapa teka-teki tentang Jack the Ripper:

Jack The Ripper diduga memiliki kebencian sekaligus rasa takut terhadap wanita yang mendalam, dan itu juga menjelaskan kenapa dia "berkata" telah membawa pulang "rahim" wanita untuk disimpan (setengahnya "katanya" dia makan dan setengahnya dia kirim kepada polis lewat suratnya "The Hell "). Sesuatu yang di punyai oleh wanita. Selain itu dia juga membuat korbannya neutral (tidak berkelamin) dengan memotong bagian2 tertentu yang membuat korbannya tidak dikenali lagi sebagai wanita. Juga, dia "berkata" telah membawa pulang buah pinggang dan telinga korbannya.

Mengetahui jika korbannya selalu prostitute, mungkin dia semacam mempunyai dendam peribadi terhadap prostitute. Mungkin dia pernah disakiti / ditinggalkan orang yang begitu disayangi. Mungkin ibunya yang dia ingin bunuh?)

Ada juga teka-teki mengatakan jika pelaku adalah seorang doktor atau sekurang-kurangnya orang yang mempunyai latar belakang pendidikan perubatan pakar di bidang operasi bedah kerana siat2 di tubuh mangsanya sangat teratur yang hanya boleh dilakukan menggunakan alat-alat operasi / bedah perubatan yang memerlukan keahlian khusus. kemungkinan besar masa lalunya suram. mungkin suram sekali.

No comments:

Post a Comment